top of page

VISI PUSAT WAKAF INTELEK

​

Menjadi sebuah organisasi terunggul dalam memperkasakan agenda ummah melalui instrumen-instrumen wakaf.

​

 

PENUBUHAN PUSAT WAKAF INTELEK

​

Kolej Profesional Baitulmal (KPB-MAIWP) ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar kategori asnaf untuk mendapatkan pendidikan tinggi dalam suasana yang kondusif ke arah matlamat meningkatkan taraf kehidupan dan mengeluarkan diri dan keluarga daripada kepompong asnaf. Kini KPB dengan bantuan dan prasarana yang berusia 27 tahun maka sewajarnya kemudahan serta prasarana di KPB diperbaharui dalam memenuhi syarat MQA untuk menjadi  Kolej Universiti atau Universiti Wakaf.

 

Bertepatan dengan itu, Pusat Wakaf Intelek KPB (MAIWP) diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada korporat, syarikat dan masyarakat untuk berbakti menerusi amalan berwakaf. Sukacita dimaklumkan bahawa PUSAT WAKAF INTELEK KPB (MAIWP) telah mendapat pengiktirafan daripada pihak  MAIWP sebagai MUTAWALLI DANA WAKAF melalui surat kelulusan yang bertarikh 8 November 2018 - Ruj MAIWP.(S)100-6/3/16(27).

​

Pusat Wakaf Intelek akan mempastikan semua yang diwakafkan akan diuruskan mengikut Syariah dan undang-undang di mana agihan akan dibuat kepada tujuan-tujuan sebagaimana yang dinyatakan. 

Jika anda ingin berhasrat untuk berwakaf kepada tujuan-tujuan yang tertentu yang spesifik sila hubungi Pusat Wakaf Intelek kerana kami akan mempastikan wakaf anda direalisasikan dengan sebaiknya.

Tujuan kutipan Pusat Wakaf Intelek ini adalah sebagaimana berikut

​

1.  Kebajikan pelajar (asnaf atau  bukan asnaf)

2. Kebajikan Staf

3. Fasiliti KPB (MAIWP)

​

MISI PUSAT WAKAF INTELEK

​

Mencapai  tahap penyampaian perkhidmatan yang bertaraf dunia, memupuk kesedaran masyarakat tentang potensi wakaf dan menjana sumber modal bagi memajukan aset-aset wakaf secara holistik dan bersapadu

​

 

pwigrp.JPG
bottom of page